puisi-puisi ini di 'c&p' dari blog zinesatumalam
satu blog yg mengumpulkan karya karya sastera muda anak melayu
dan atas alasan tertentu
puisi ini di letakkan di sini
******
1. luah atau telan
oleh : Ariff Masrom
Tidak diluah,
Takut mati bapanya,
Tidak di telan,
Khuatir mati emaknya.
Aku simpan rasa ini
Terbiar terkumpul di dalam mulut
Tidak diluah dan tidak ditelan
Akhirnya aku yang mati.
Selamat emaknya, selamat bapanya,
Selamat tinggal dunia.
******
2. Kerana Dia Kelihatan Lebih Gembira Menari Dalam Hujan Lebat
oleh : Ariff Masrom
Dan titisan air hujan menitis ke cermin
Memecahkan kesunyian pagi itu
Percikannya sesekali terjatuh ke riba ku
Di kala aku berteleku di tingkap bilik
Melihat dia di hadapan rumah ku
Gadis berskirt putih krim
Sedang menari sendirian
Dalam hujan lebat
Dia kelihatan sangat gembira
Dia tersenyum puas sambil menari
Senyuman itu kekal bercahaya
Di dalam suram hujan
Adakah dia menari kerana gembira
Atau mungkin dia menari untuk menghilangkan kesedihannya
Dan akhirnya dia keletihan
Menari di dalam hujan
Dan aku terlihat dia mengesat air matanya
Lalu aku berfikir
Ada kah ini air hujan
Atau air mata nya yang naik ke awan dan turun membasahi diri nya sendiri
Dan dia menari di atas kesedihannya itu?
p/s : indahnya bahasa, dalamnya, tersurat makna :)
No comments:
Post a Comment