Saturday, August 11, 2012

Mahakuasa tuhanku Satu
Mengurnia rasa beraneka rentak
Kadang bergolak deras
Kalah ombak memukul pantai
Dimana lagi harus disiulkan
Rasa hati yang berlagu rawak
Bila yang setia mendengar
Cuma lembaran kaku, bisu

Ketahuilah
Bahawa tinta ini seperti cermin
Yang memantulkan refleksi hati
Kadang tiada hala tuju
Terasa asing di bumi sendiri
Apa yang dicari
Seperti meraba di malam kelam
Atau melihat rawak di bawah matahari
Tiada hala
Tiada tuju
Kosong

Mungkin lukanya terlalu parah
 Atau akalnya terlalu sengkek

Atau mungkin sahaja dia yang tak bijak mengawal emosi
Mungkin juga terkadang lupa memijak di atas bumi

Tapi yang pasti itu pasti
Hidup ini satu perjalanan
Dan apalah makna satu perjalanan
Tanpa liku liku tajam menguji
Selekoh selekoh halus mematangkan diri
Dan semuanya juga ujian dari DIA
Tarbiah dari yang mencipta
Agar natijahnya nanti
Untungnya
Juga pada diri sendiri.



nukilan seorang sahabat.

No comments: