Wednesday, July 24, 2013

kerja dan pengorbanan #phase2

assalmualaikum

ceh tajuk
drama kan?
memang drama

hari ni
rasa happy ada
rasa stress lebih
rasa sedih champion

happy sbb dah berjaya bukak company
walaupun hakikatnya bukan aku pun yg uruskan bnyk
anas yg lebih
tp yelah
nak tak nak dah satu company
kenalah tempias
paling tidak semua document aku buat
receptionist tu dah memang kerja
tiga hari duk buat bisnes plan segala bagai
akhirnya tertubuhlah jugak
instant licious food sdn bhd

'kelas gitu' - tagline (bukan official haha)

so nak cerita sikit pasal company sblm kita beralih kpd cerita stress
lepas bincang2
dapatla kata sepakat nak jual instant spaghetti
yeah, nmpk biase, instant food
tp fikirkan market yg luas dan pembaharuan
okaylah kut
pendek cerita
aku bahagian bahan, ramuan, rupa produk
3 malam duk mencari resepi
sampai bawak dalam mimpi
hebat tak hebat
kerja punya penangan

dah, move to stress part
lepas bukak syarikat,
kenalah cari modal
so tu lah yg ada meeting dgn venture capitalist
nak mintak pinjam modal
kena bentang bisnes plan
buat finance segala
rumit,
cerewet,
menyampah
haha
yelah, kalau kita pun
senang2 ke nak bagi beratus ribu kat orang
haruslah tak
jadinye mase dalam bilik meeting tu
memang kena bentang habis habisan
kena hentam habis habisan
sampai aku rasa
nak berdiri, hentak meja dan resign!
serious
tapi takkan lah nak tunjuk ketidak profesional-an mase meeting kan
biaselah rase utk first time
semua pun stress
dah lah lama
sampai berbuka kat pejabat
bila fikir semula,
kenapalah aku bertahan
kenapalah perlu teruskan
simulasi je pun
untung duit pun maya
tapi, tulah
sayang nak tinggal ilmu
rugi rasa nak lari dari pengalaman
tapi lepas keluar dari bilik meeting
semua memang berbunyi jugak nak resign
bukan apa, tambah stress bila benda2 yg kita tak tahu
kita kena tahu
aku ni belajar nye math
mane lah nak tau ekaun2 ni
tp tulah pun tujuan program ni
learning by doing

habis stress
sedih pulak
sbb sibuk sngt hari ni
lupa yg ada janji dgn izni, dengan kamilah, dengan pinat,
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
kalau ikutkan nak nangis
tp karang emo terlebih susah pulak
nak ponteng esok pun tak sampai hati
walaupun simulasi je, dah rasa mcm real
company baru bukak bnyk kerja
Allah,
dugaannye.
pengorbananan kerja mcm ni ke?
sedih betul
dah la lama tak jumpa
sedih sedih sedih!
jeles
tapi, mampu buat apa dah malam malam ni
sobs

ujian kot
takpelah,
harap dikuatkan
harap disabarkan
harap dapat diteruskan
pengorbanan untuk ilmu, untuk jalan menuju tuhan
amin~


jazakallahukhairan.

No comments: