Wednesday, July 17, 2013

business simulation #day7

assalamualaikum
mcm mana puasa?
kita mcm ni lah
puasa di perantauan
akaka

minggu ni balik
yeay!

tp sebelum boleh balik tu,
minggu ni jugaklah yg bertambah tambah presure nye

untuk tiga hari sebelum habis fasa satu
dapat tukar ke sales department
jadi dispatch
bila sebut dispatch
mesti org ingat kerja die senang
cikai2 je
boleh datang lambat, just hantar surat, fotostat itu ini
mcm drama melayu
dan macam persepsi awal aku

tapi hakikatnya
tanpa dispatch yg bagus
barang tak mungkin terjual
kelancaran bisnes boleh terganggu

JANGAN PANDANG RENDAH PADA DISPATCH

sampai aku cakap macam tu untuk sesi refleksi hari pertama jadi dispatch
presure nye tersendiri
tambah bila sampai masa nak tutup ekaun
kalut

tadi dah la letih duk berulang ke tandas
satu company mcm keracunan
lepas tu letih nak habiskan penghantaran stock pulak
kalau batch dispatch sebelum ni cuma request 1 lori
sampai turn aku
4 lori
hambik!
tu yg jadi dispatch terbusy abad ini tu
haha

tapi seronok la
bukan setakat belajar kerja dispatch
hari ni belajar jadi receptionist
belajar jadi sales executive sebenar yg tolong promo barang

senang kata
sedih nak tutup sesi satu
sbb bila dah masuk sesi dua
semua kena pecah2
buat company masing2
dah tak boleh nak gurau senda
bayang lah dari lima orang control satu department
kepada sorang kena control satu department
tak ke gila bila dengar
tp tu la hakikat minggu depan
sangat mencabar

bersyukur sangat sangat datang sini
walaupun tekanannnya tuhan saja tau
ada satu hari aku emo
sbb homesick dan lain lain
menangis tu sampai lebam mata
tapi sampai masa kerja
org kata tak boleh bawak masalah rumah
so fokus je lah
walaupun hati ni tuhan aje tau

tp alhamdulillah
masih diberi kekuatan untuk tak putus asa
walaupun cuma pujuk hati sendiri
sbb katanya bila aku emo
org takut nak tegur
org semua tak layan

apa yang org tak tau
aku nak kan org bertanya
nak kan org mendengar
nak kan org memujuk
tapi yelah
tak semua masa org untuk kita
jadi aku cakap

'kalau aku emo
jangan layan aku
biar aku sorang2
nanti aku elok sendiri'

sbb sebenarnya aku taknak menyusahkan orang
dan sbb aku nak jadi org yg kuat dan bersabar

apa apa pun
walau susah mana pun
seronok tu still ada
semuanya tau nak rawat tekanan dgn lawak jenaka dan gelak tawa
alhamdulillah

terasa lebih makna ramadhan kali ini
harapannya semoga ilmu ini diberkati
dan kalau ada peluang,
nak join lagi

insyaALLAH
semoga terus bangun dan teruskan perjalanan
walaupun dah tersungkur berkali kali kat tengah jalan
sebab nak kan kejayaan, jalannya pasti ada kegagalan

btw tadi mr tan ada tegur
he's a chinese

'you org mana?'
'pahang :)'
'ouh i thought u org terengganu or kelantan or johor'
'why?'
'bcoz you look fair'


akakakakakaka, u are funny.
u wont praise me if you see me in my secondary-school version
(dalam hati)

'my mom kelantanese la mr.tan'
'ouh, no wonder laa'

aku bukan putih pun
just dulu aku gelap sbb berjemur
tp mr.tan mane penah tngk aku dulu kiki :P
tp betul laaa
bak kata bihah yg baru lepas stalk pic aku time form five
'apa rahsia kau putih'

ahahaha
rahsianya
iolls makin tembam
-________-
kut.

dah lah
ni gambar ofis dan dispatch yg kononnya busy tu
hewhew


salam ramadhan
^^





No comments: