Wednesday, February 6, 2013

life

lamanyaaaa tak update
nak kata sibuk
tak jugak
maybe sejak ada blog bsd1
lagi suka update kat situ
lagipun
life goes on mcm biasa
takde ape yg extraordinary nak share

so sekarang tgh cuti
spending the whole time with 
tv, food, family, badminton, 'family outing'
(seems that i prefer family outing more than R.M)
and my beloved bed
ahah

sem 1 berakhir dgn jayanya
seronok
dpt classmate yg mmggggg awesome
sbnrnya aku ni jenis yg lambat sesuaikan diri
dgn tmpt baru, org baru,
tp dgn bsd1
tak terasa langsung
cepat je rapat
semuanya seronok bila sama sama

dan bila aku dgn dorang
aku jadi...diri sendiri
like i was never before
and the best part is
they accept it
even they love it
tak tahu nak ckp mcm mana
tp tak perlu cover2
tak perlu risau nak jaga hati orang
semuanya faham jiwa masing masing
yg ni mcm mana
yg tu mcm mana
tp still
everybody get along very well.
thats why they are awesome



tp tak makna dapat hati baru
hati lama dilupakan
i really really miss dahlians
5 ik
tp tulah
takde rezki nak jumpa lagi

senang kata
hidup sekarang alhamdulillah
hati tenang
riang
syukur

so itu saje
menanti result exam yg tak dgr kabar angin ribut taufan pun
dan memenuhkan waktu cuti dgn sepuas puasnye

p/s
ada ustaz ke buku ke tak ingat
katanya..
tulisan melambangkan jiwa
kalau tulis dgn baik, mudah difahami, tak guna bahasa kotor
maka begitulah jiwanya
dan sebaliknya



wasalam 
:)



Friday, December 14, 2012

hai assalamualaikum
lama tak menulis
sibuk mungkin
ni pun sbnrnye sbb tgh tahan marah
nak luah pun tak bertempat


dulu seingat aku
aku tak sebaran sekarang
dulu kalau nak marah
selalu diam
menangis
atau paling daysat pun mengamuk sorang sorang

tapi lepas peristiwa tu
tekad nak kurangkan airmata
sbb dah terlalu banyak berjujuran
dah terlalu sakit 
tapi sbb tu jugak
hati jadi keras
hasilnya sekarang
nak menangis pun susah

bila hati keras
baran menjadi jadi
sikit2 nak marah
sikit2 tinggi suara
dah pandai berkasar

tapi dalam marah
dalam baran
dalam kasar tu
aku sebenarnya cuba kawal
aku diam
aku dingin
supaya tak tertengking
tak tercaci
tp bila dah tak tahan
mula lah
yg lembut jadi kesat

ALLAH,
susahnya nak tahan marah.
betullah org yg mampu tahan marah tu org yang kuat

aku?
lemah

tadi cuba tahan marah
hasilnya, berderai air mata

mana kelembutan hati ni hilang ya RABB
mana?

jangan ia hilang kerana manusia yg bukan milik aku
jangan ia hilang kerana sakit yg sbnrnya tarbiah untukku
sbb itu semua
tak berbaloi

ampunkan aku YA ALLAH
ampunkan aku.





Friday, November 30, 2012

ya Allah,
tolong aku
bantu aku
aku buntu

aku tahu ini ujian
berikan aku ketabahan
berikan aku petunjuk jalan
datangkan kepadaku hambaMU yg lebih tahu
agar yg tersimpul terlerai
yg kabur jelas di pandangan



amin amin ya rabbal alamin. :'I

Saturday, November 24, 2012

alhamdulillah :)

fuh fuhh
dah berhabuk
lama tak update
bukan ape
nak harap wifi kk1 ni
mmg malas nak on9
lagi satu 
esemen yg terlampau banyak

alhamdulillah
skrg semakin bahagia
kawan2 makin rapat
makin faham isi hati masing2
makin bnyk masa sama sama
sbb dscsn kot

alhamdulillah jugak
rasanya dah get over everything yg patut di-get-over kan
mcm
biology
chemistry
kaunseling
psikologi
and maybe..

him

like seriously
aku dah boleh terima math
dah boleh suka math
dah boleh adapt dgn sir mohri
dah boleh lupakan bio
dah boleh semangat dgn arabic
dah boleh keep on
dah hilang rasa benci meluat suka marah dan segalanya kat kau
dah tenang hati

everything is better now
:)

alhamdulillah sangat2

lagi satu
syukur yg tak terhingga
ALLAH kurniakan kasih sahabat2 yg melimpah ruah
yg ada waktu senang susah
yg rindu walau jauh atau dekat
subhanALLAH

senang kata
bahagia

bahagia dlm erti kata
mampu gembira tak lebih had
mampu tersenyum dalam bersedih

alhamdulillah.
:)



sebelum tamat
'harapan umat islam yg paling besar di gaza yg sedang berjihad di jalan ALLAH
terhadap kita adalah supaya kita belajar bersungguh sungguh dan buktikan kekuatan islam
suatu hari nanti,'
-tazkirah FM

ALLAHUAKBAR!



Wednesday, November 7, 2012

surat cinta dari laila

tadi ada tazkirah
tazkirah bebudak FM tiap minggu
utk 'beriman sebentar' sambil erat ukhuwah
^^

tadi aisyah comel n wani mengada bagi tazkirah
dorang edarkan sekeping kertas
suruh kawan sebelah tulis
kelebihan dan kekurangan kita

sebelah aku laila

ni surat cinta laila
:D

ATHIRAH
kelebihan
1. tolerate
2. pendengar yg baik
3. bertimbang rasa
4. pemurah

keburukan
1. kuat tido
2. cepat marah
3. blurr kengkadang
3. emosional

haha
kebaikan tu taktau la
tu ape yg laila nampak sepanjang setahun lebih kami berkawan
keburukan tu mmg tepat benar sahih dan mutakhir belaka
kahkah

lepas tu
suruh laila desrcribe me in one word

laila tulis

'easygoing'

hemm
yg tepat sebenarnye riuh dan kecoh
sbb tu nampak mcm 'easygoing' kut
xD

so bile buat mcm ni bagus jugak
kadang2 kan kawan tu cermin kat diri kita sendiri

so 
all in all
me heart LAILA
the best class representative ever
nanti tahun depan bole jadi mpp
heheh

sekian.
jazakallahufikk.
:)



Sunday, October 14, 2012

seriesly



GUA NAK BALIK RUMAH



huarghhhh




lambatnyaaa dua minggu -_________-'

Wednesday, October 10, 2012

tsd1 vs tts4

hai hai
ni nak cerita pasal kelas baru
kalau tts 4 pompuan ramai
tp laki ada 9 orang
kelas ni pompuan lagiiii ramai
n laki, cuma 3 orang
jadinya
rasa tak segan sngt
:D

kelas baru ni seronok lah jugak
ada wani mengada, datin niza, syida ayu, tikah havoc,
salha comel, dan ramai lagi yg semua seronok2 belaka
lepas tu ada 3 org bdk tts4 yg sentiasa membantu saya
yang sejak azalinya takutkan MATH
hikhok 
laila aisyah zaf, glad to have them here.

lepas tu kelas baru ni,
ada 4 org bawak kerete
2 org moto (aku ngan aulia)
so kalau nak keluar makan makan satu kelas
kire takde hal laa
cume kena pujuk si razin n saddiq
tp dua dua okay je
^^

dan kelas baru jugak
kita dapat tengok budak budak otak math
huahua
nak describe pun tak boleh
tp org math ni lain dengan org bio
lain dgn org fizik
ataupun org kimia
kami simple tp complicated
gituh
haha

apa apa pun,
tts4 masih di hati
petang2 selalu klua makan ngan nadiah zaf fatin
bukan selalu tp almost tiap2 hari
sbb tak suka kafe kat kk1 ni
kecuali kalau kelas sampai pukul 7, smpt lah makan kat fsu

mmg mereka mereka ni
nak gaduh pun da tak sanggup laa skrg
syg gilaaa
even stady group pun still ngan bebudak kelas lama

so nak katanya,
dah bertambah ramai org2 kesayangan saya kat sini

insyaALLAH, sepanjang empat tahun akan datang
kami akan bertambah tambah tambah rapat
dan bertambah tambah tambah sayanggg
amiiinnnn

:)

itu aja
babai 

^.~

Monday, October 1, 2012

random again

#1
semalam naik atas nak tengok jawapan fatin buat math
seriously aku mmg tak konfiden setiap kali jumpa math
padahal jawapan sama je sebenarnye
siap tolong betulkan org punya
boleh pulak
lepas tu i saw nadiah
with her chemist
rasa macam....
jumpa your ex
yeah, y'know rindu. sayu. sadis. segala lah
eh tp sy takde ex :I :P
the point is, sedih rase why i'm not in the field that i like?
tp org kata,
kadang2 benda yang kita suka tu bukan untuk kita pun
jadi aku cuba tabah
dan cuba suka math
sedang dan terrus mencuba

#2
kat kelab pidato
i've met AO
teringat watak AO dalam versus
smart, serious, 
suka ke?
sikit. huahua
yg nak dijadikan cerita,
dia pun bawak moto
masa balik
cuma ada dua moto je kat parking tu
sebelah sebelah
teka moto sape?
heheeeeee
ahh tp tak angau pun
biasalah suka tengok ciptaan tuhan
tak tengok lama lama pun okay :p


dah itu je
jazakallah hu fikk..


Tuesday, September 18, 2012

I know I should not think about this
but somehow it keeps bothering me
why?
am I jealous?
NO
for someone like him, NOT AT ALL
like seriously, believe me,
I don't even care about him
it just
I care about you,
yes you, my dearest friend

I don't want to hate you
and I don't meant to irritate you
I'm just annoyed 
how you've changed
when you start be with him

it just not like you

for whatever things that I've said
that may hurt you
I'm sorry.
I'm really sorry
I just don't want to lose my friend
that's it









Wednesday, September 12, 2012

you you you, and you.

you
yes you
just please
don't be like her.
and i know you wont

and you
another you,
i'm okay
i'm not hurting myself
i just wanna be a matured one
and whatever it is
only god knows
how i'm grateful to have a friend like you
who cares and love me that much
and remember this
i love you more
:*

ah you
again, another you :p
i saw you
but i'm not sure you notice me
since i'm covered up with my helmet 
and i was like
'jatuh cinta semula'
heh
boleh gitu?

and lastly ,
you,
stop pretending
the more you said you don't care
the more it shows that you really care
i know you
because i'm a girl, like you


dah
kalau tak terlibat
mohon jangan sibuk terasa

dan kalau terlibat
tak niat pun nak buat anda terasa
ini blog saya
saya tak paksa anda baca :)

Monday, September 10, 2012

I don't know if it is me who always being 'suuzzan'
but somehow
I have all the reason to feel so

It's truly hurt when it comes to love matter
but the matter of friendship hurts me more

I thought that you are my best friend
but seems like I'm wrong

maybe most of the time 
I'm just a burden to everyone
to you

and If
there are some other planets that i can live
all alone by myself
its my pleasure to go there

so I'll disturb nobody

yes,
i am being  pathetic 
and i know.

Saturday, September 8, 2012

degree dah adek adek

cewah tajuk
mcm apa kan
haha

emm
minggu orientasi pun dah habis
kelas dah mule tp bahase je dlu
mgu dpn kuliah start tp takde tutor

so subjek yg akan dipelajari
1. mikroekonomi
2. al-jabar (algebra)
3. tamadun asia ke islam ke ape tak ingat
4. english
5. arabic

bila tngk subjek2 tu
terasa mcm
wahhhhh fatin yg suke bio tu nak blaja yg ni?

ntahla
nak kate tak suke
hati mcm dah tak excited pun nak tuka kos
bukan tak jeles tngk kawan yg dpt kaunseling, bio , kimia tu
tp mcm..
mungkin rezki aku mmg kat sini
jadi cube tanam minat
dan alhamdulillah
sekarang ni
dah rase semangat lah jugak nak belaja math

kat sini duduk kat asrama
seriously rinduuuu nilam court( rumah)
tp
maybe satu hari nanti bila dah biasa duk sini
oke laa kut
lagipon so far
takdelaa lambat rebut toilet sampai tak sempat mandi
oke je sebenarnye

bila first time gi kelas bawak moto
rase macam
WA DAH DEGREE BEB
kahkahkah
tak paham kenape rase cenggituh
--'

so stkt ni itu je
just tulis nak tiup2 habuk
huhu

so, sbg penutup,
mari sama sama kita selawat
Allahumma solli a'la saidina muhammad.

:)

Thursday, August 30, 2012

random to the max

esok nak gerak nilai dah
arghhh sobs
excited tu ade jugak tp biase lah
nak tinggal rumah ni
mcm mcm rase ade

barang tak siap packing lagi
sekarang dah pukul 1
bukan ape, bnyk sngt benda jadi serabut
last2
tersadai je semua
ish

tambah lagi satu benda menyerabutkann kepala
tp aku rasa salah aku
padan muka

ah kau
mmg bnyk benda nak bagitahu kau
tak larat dah aku nak simpan
tapi kalau kau tahu pun kau takleh tolong

seriously
le me is not happy
kalkulator hilanggg
itu yg paling stress
kalkulator tu baru beli
lepas ni nak blaja math pakai apa?
:(
sobsssssss

aku rasa letak dalam beg je tp kenape takdeeeee

ahhh stresss stresssss

semalam happy sangat kut so, kena lah hari ni

tp mmg smlm happy
it just like before

:nak nangis lah cengginig :,(
bye.

Monday, August 20, 2012

raya raya~

dah agak dua hari lebih tak on9
ceh mcm lama
tp kalau dah jenis peng-on9 tegar mcm ni
agak lama laa tu
hewhew

saja lah nak cerita flow raya tahun ni yg agak hectic sikit

start with hari last puasa
gilaa penat hari tu
dari pagi kena bangun awal goreng kacang untuk kuah nasi impit
n kerisik untuk rendang
dua dua tu lah yg paling mensampah nak buat
lamaaaaa gilaaa
tp terpaksa lah
sy kan anak perempuan tunggal misali
ecewah
muntah sekarang :p

lepas tu rehat kejap solat zohor 
pukul dua tu dah sambung balik
masak rendang sup nasi dagang nasi impit ketupat
rasa mcm 
kenapelah esok raye sbb terpakse buat semua ni
oh high light sikit terpaksa tuh
kihkih
fine sy mmg pemalas orgnye tp sy tak suke derhake kat ibu bape tau tau
pukul enam lebih baru siap semua terus terbaring tgu berbuka
malam tu pun sambung lagi
tp redha sikit lah sbb perut kenyang
hehe

esoknya raya
lepas siap solat makan salam salam
*duit raya dpt bnyk :D
terus pergi k.l
org beraye kampung, kami pergi bandar
sbb nenek duk kat sane
jumpe uncle yg stay hongkong
dah lame gilaa tak jumpe
please noted that, uncle tu handsome dr dlu aku suke tngk
dah lah berjaya
gentle
ahh naseb baik lah bapak sedaraku
hihi
anak anak die dah muke china dah
speaking, ckp melayu pelat
comel gilaa
tp hari tu pergi balik hari
malam tu sampai rumah wargghhh penat
walaupun bukan aku yg memandu tp penat jugak tersengguk sengguk dlm kete
hewhew

raya kedua pergi rumah mak sedare kat bera
pun balik hari
petang td dekat maghrib baru sampai
tp seronok sbb meriah

esok, rasenye duk rumah je
sbb luse baru sambung beraya
so tahun ni mcm meriah jugaklaa raya
duit raya pun bnyk
walaupun dah besar tak layak dpt duit raye
hehe

so, gambar raya takde punn
sbb segan nak suruh org tangkapkan nmpk gedik pulak
kekeke
tp tahun ni pakai tudung 60
*tudung nak beli masuk u sbnrnye tp gune dlu buat raye
rase mcm ayu jep uolls
walaupun tak ayu mane sbnrnye like seriously ayah selalu tegur kekasaran aku
--'

oke dah
selamat hari raya semua!
have a blast
:)

Thursday, August 16, 2012

kebetulan

'kebetulannn'
ahh, ingat perkataan ni, 
ingat lah randy pangalila kat iklan propaganza
dlu tak suka pun
tp bila tngk biar mimpi sampai ke bintang
nampak handsome lah pulak
kuikui

dah
kembali ke topik asal

emm, kan selalu ade mcm bintang bintang based on tarikh lahir
yg menggambarkan personality someone
sbnrnye mnde tu nak kate percaye tak lah patut pun
tp 'kebetulannn'
kadang mnde tu hampir same
lebih kurang mcm psikologi test laa

*ahh rindu pulak psikologi
tp yg menanti lagi beberape minggu MATH
emm emm

okay
ni jumpe kat twitter
someone RT
mmg kena lah dgn diri die that's why die RT
so, saje lah kan tngk

here are some of the tweets yg agak2 kena dgn aku
so motifnye kat sini bukan nak ckp pasal 'bintang bintang' tu
*ape perkataan yg betul nye ha? 'bintang bintang'
haha lantak la
tp nak ckp pasal diri sendiri je
hikhok 
(gelak mcm keldai or kuda bg aku la , tp its funny :D)

oke nahh

#Pisces finds it hard to make decisions because they see all sides to the question.

#Pisces are very emotional people.

#Pisces are sweet, sensitive, caring, moody, feisty and ditsy sometimes.

When #Pisces fall, they fall HARD.

#Pisces has the best fantasies. You so wish you could be in their head
*this is sooo true, believe me. :P

#Pisces is sensitive, quiet, shy and easily hurt.

#Pisces wants the fairy-tale romance and happy ending

If a #Pisces wants to be sweet, they can be a real angel.

When a #Pisces is with you, they just want you to be happy.

A #Pisces will trust you if they love you. Dont abuse it.

#Pisces cannot hide how they feel. Though they may try, the truth is written all over their face.

emm bnyk lagi
panjang berjelaa pulak kang
tp ade je yg tak kena
yg kat atas tu semua true story punya lah
yg baik, bukan bermakna nak membangga diri
yg tak baik, mmg mengaku lah
cuma apa apa pun
this is just a diary
a diary of MINE
jadi, nak tulis pun untuk diri sendiri je sbnrnye
siape laa nak bace blog yg tak seberape ni
ecewah

dah
selamat hari raye!
*kuih raye tak siap lagi --'

wasalam
kerna KAU yang satu
yang setia bersamaku
tika aku jatuh ku bangkit kernaMU
kerna ku adaMU
di sisi ku selalu
 bantu lah diriku mencari keredaanMU

ku tahu ku adaMU tuhan

-adaMU , najwa latiff


Monday, August 13, 2012

a friend

aku ade sorang kawan
die ni dari sekolah rendah kelas sama,
sekolah menengah form 1 kelas sama,
pastu kelas lain lain tp still sekolah sama,
masuk universiti, u sama,
kos sama, kuliah sama

majoriti org yg tau ni
mesti akan kate,

'uuu jodoh lettew'

heh --'

aku kenal die dari berhingus
aku pun berhingus kot mase tu
haha
so, no heart feeling

oh lupe bg tau, die lelaki
:P

so,
kalau kat u
bila nak balik
balik sama sama
ibu pun percaya je
sbb.. die emm 'baik'
haha
ce byg die tu pakwe aku
wah wah bahagia
kemana mana bersama
malangnya, dan nasib baiklah
dia bukan
kihkih

bila dah kenal dari kecik
maknenye semua perangai or ape ape je lah yg terselindung
dua dua tau tp watlek je cover line

tp ada je yg die pecahkan rahsia
contohnye,
emm.. rambut

sbb mase jahiliah dlu dajah 6 pun tak pakai tudung lagi
hihi
tak kesahlah sbb 'tak berdosa' lagi waktu tu
hee  :3

so terjadilah satu insiden dimana seorang peminat aku
ecewah peminat --'
taklah, let say, 'crush' la lebih kurang cenggitu

tak tahu lah nak kate fanatik sangat aku tak lawa pun
tp die mcm nak tahu semua kut
so, yg si kawan aku ni pun satu bengap gi kasi tau
emm,
tp dajah 6 dengan sekarang lain kutt
kau kasi tau cemane pun rahsie tersimpan jua
ceceh

jadinye kat sini nak kate, die banyak laa tau
n sbb die tau
die selalu buat lawak 'ngeng' yg kadang2 lawak laa jugak
mcm tadi

''just close r eyes, the sun is going down.
you'll be all right, no one can hurt you now.
come morning light, you and i'll be safe and sound.''

''maksudnya?''

''taylor swift nyanyi, maknenye, kau nyanyi''

tibe tibe kan
tp lawak
sbb mase tu aku tengah series gile tngk tb cerite sedih
haha

thanx buddy

emm, kalau sape2 yg paham tu paham lahh
tak payah nak explain lebih lebih kat sini
or maybe tak lawak pun so ade aku kesah?
oh jiwa otai pulak wa malam ni --'

ala kulli hal
dia baik and aku suka buli
kihkih
baik ngan aku lah ngan org lain tak tau lah cemane
pernah balik ngan dia , aku bawak beg berat,
muka masam cuka
die tak tanye, terus bayar semua tiket ktm aku
wahwahh
siap offer nak tolong angkat beg
pastu kalau ktm aku lambat
die kena tgu kat stesen sampai aku sampai
n die tunggu, setakat ni lah
baik kan kan? :p

so itu je,
motif? takde ape ape
cume post ni macam menghargai laa dia jadi kawan aku dari dlu
hehe

cc : zulikmal marsidi




Saturday, August 11, 2012

Mahakuasa tuhanku Satu
Mengurnia rasa beraneka rentak
Kadang bergolak deras
Kalah ombak memukul pantai
Dimana lagi harus disiulkan
Rasa hati yang berlagu rawak
Bila yang setia mendengar
Cuma lembaran kaku, bisu

Ketahuilah
Bahawa tinta ini seperti cermin
Yang memantulkan refleksi hati
Kadang tiada hala tuju
Terasa asing di bumi sendiri
Apa yang dicari
Seperti meraba di malam kelam
Atau melihat rawak di bawah matahari
Tiada hala
Tiada tuju
Kosong

Mungkin lukanya terlalu parah
 Atau akalnya terlalu sengkek

Atau mungkin sahaja dia yang tak bijak mengawal emosi
Mungkin juga terkadang lupa memijak di atas bumi

Tapi yang pasti itu pasti
Hidup ini satu perjalanan
Dan apalah makna satu perjalanan
Tanpa liku liku tajam menguji
Selekoh selekoh halus mematangkan diri
Dan semuanya juga ujian dari DIA
Tarbiah dari yang mencipta
Agar natijahnya nanti
Untungnya
Juga pada diri sendiri.



nukilan seorang sahabat.

Thursday, August 9, 2012

aku salah sbb dengar sebelah pihak

tp sekarang aku dah dengar dua dua

aku tak berniat nak salah faham tp aku takut nak tanya

aku mintak maaf

kau patut tahu
kau tersalah marah orang lain.
dan kau patut tahu
tak semua benda kau tahu
tak semua benda kau boleh tahu dengan hanya melihat

hati orang kau takkan nampak.
walau mcm mana pun

selamat berbuka :)



Tuesday, August 7, 2012

Hatinya Kaca
oleh Ariff Masrom

Disaat pandangan kau palingkan
Kedengaran bunyi kaca jatuh
Berselerakan ke lantai
Oh aku silap
Bukan kaca
Itu hati aku

******

p/s: i wish that i could write a poem like this
very simple
modern words
tak nampak ayat berbahasa pelik
sempoi
short and sweet
deep meaning
senang kata,
-awesome-

tgulah nanti
bila mood sampai :)