Saturday, March 3, 2012

mampukah kita??

Bila kita cinta manusia,
Kita mampu buat bnyk perkara
Kita mampu bahagia walau disakiti
Kita mampu sabar asalkan syg berpanjangan
Kita derita bila berjauhan
Kita merana bila berpisah
Kita menangis sampai kering air mata
Kita sembunyi perasaan sendiri
Seksa hati seksa jiwa
Kita tak pernah melupakan walau seketika

Ya, kita mampu
Diluar jangkaan kita mampu,
Kerana
Cinta dan kasih sayang manusia

Tapi,
Untuk kasih sayang DIA yg menciptakan manusia
Mampu kita melakukan perkara yang sama?
Sejujurnya, mampukah??

Tanpa kita tahu
Tanpa kita sedar
Kadangkala kita lebih fikirkan manusia daripada pencipta
Sedangkan
Dari mana CINTA itu datang??
Dari DIA, sesungguhnya DIA

Ingatlah
Semua itu hanya pinjaman
Dan bakal kembali kepada YANG MAHA PEMBERI
Lalu kita?
Kita hanya penerima
Penerima yang bakal memulangkan segalanya
Dan pulangan itu
Biarlah sebaik ia diterima
=)









No comments: