Monday, December 16, 2013

dear...

dear mr. no one
i'll be waiting

jiwang coz i can



gambar tuan tanah kedaung sikek
ekeke


kbaibaibai.

*nak story pasal broga tp next time bebeh
*i'm really not good in expressing love, so in case, if you feel that i'm forgetting you my dear friend, i'm sorry. i always there if you need me and u always there in my heart. mumuah.

Wednesday, November 27, 2013

aku tunggu kau jujur dan terus terang
baru boleh dipertimbangkan.


setakat angin yang bawa berita
tak ke mana.
dingin yang sementara
apa guna



Thursday, September 26, 2013

penat

penat melayan karenah orang
penat bertahan dengan kawan sendiri
penat pegang amanah bila orang tak percaya

nak dilepaskan salah
nak dipegang serba tak kena

aku ke yg cerewet
aku ke yg tak tau menghargai
aku ke yg tak nak terima pandangan orang

atau nak salahkan orang lain?
dapat apa?

kadang aku rasa
aku dipilih untuk dijadikan hamba
menurut arahan menurut perintah

nak bersuara tak mampu
takut sakitkan hati orang

padahal hati sendiri
siapa yang ambil tahu?

ALLAH,
aku tak tahu
sama ada aku mampu
atau aku patut menyerah kalah

aku penat
penat dengan keadaan

tangisan dalam hati
kalau ditakung
lemas

tapi tetap senyum
terima semua
sebab tahu
kalau dilimpahkan pun
belum tentu dapat simpati.


Sunday, September 15, 2013

amanah

hai assalamualaikum
now is 9.o7 am
ittew rase awal sgt ittew bgn hari ni
hewhew

ok dah menggedik

saja nak buat post
nak meluah isi hati jiwa raga sikit

hari tu
aku conduct pilihanraya kos
dah sem lps tetibe terlantik jadi spr gitu
so mainlah peranan kan

dalam pilihanraya tu
nak tentukan 4 jawatan tertinggi kos

gua tak pernah aspek ape ape
eh ape ni ber gua gua
tp hari tu
tak tahu mana salah silapnya
gua menang undi jadi penolong
wahh bongkak gilaa ayat
ni patut kena pelempang se das
kahkah

aku tak pernah berangan pun
tak pernah teringin
mmg laa terasa nak berjawatan
tp takdela sampai ke tahap tu
kecik kecik jadi kuli batak dah lah

yelah bukan tinggi pun setakat penolong kos
tp peranan die penting laa jugak kalau tngk yg previous

haih
ujian lah agaknya

aku kalau boleh nak tolak habis habisan
tp setiap kali aku nak tolak,
org kata

'people have trust on you. please dont disappoint them'
'you can do it. we'll help'

ahh
stress jugak mule mule
n masih stress skrg

aku ni bukan lah jenis pencetus
ada idea melimpah ruah
alert dgn isu semasa
tahu kena buat apa

aku ni orangnya pengikut
give me orders, i'll obey
maybe perfectly
because imma task oriented people
but if you gonna ask me for ideas
please, do think again

aku tak mcm ni dulu
bkn tak pernah jd leader
tp sekarang
the situation is very different
the responsible feels so big
the community got smarter
the problems are complicated

dahlah tak pernah sepatah haram pun beramah mesra ngan si ketua

tp aku cuba
sampai sekarang aku cuba
walaupun aku jenis yg lima minit nak pukul 8 baru gerak g kelas
tp aku cuba dtg awal
and walaupun aku tak suka capap2 kat group
aku cuba tolong kalau disuruh
and aku cuba communicate dgn org yg tak biasa walaupun hakikatnya aku cukup tak suka

aku still fikir
kenapelaa dorang undi aku
sebelum ni aku rase i'm a least favorable choice

tp hakikatnya
ada bahagian diri kita yango rang lebih tahu
dan ada jugak yg kita lebih tau

maybe undian tu atas 'bahagian' aku yg org lebih tau
and i hope that it will be good enough
haih
ujian tu ujian

aku tak mintak orang hormat aku lelebih
aku tak mintak orang kata aku yang terbaik
aku just nak jadi leader yg orang tak benci
yg org rase selesa nak corporate

and aku cuba kawal segala kelemahan aku
cuba kawal emosi amarah aku
cuba ubah sikap sambil lewa tunggu orang buat
cuba alert dgn tanggungjawab sendiri
dan
cuba jadi servant yg terbaik utk semua
because a leader is the people's servant

semoga kau beri kekuatan ya rabb

amin ya rabbal alaminn.

Thursday, August 22, 2013

luahan hati #random

assalamualaikum selamat malam
selamat hari raya
dan moga selamat semua mana patut
heh

so malam ni mcm tetiba rasa nak buat post
ekceli tadi bace2 blog orang
tu yg tersemangat tu

so,
*mp3 on
*mula

business simulation #end

patutnya da lama nak update
tapi biasalah malas punya hal
2/8 hb hari tu tamat la simulasi bisnes dgn jayenye
dpt sijil grand gittew
tp mcm sedih laa jugak
sbb semua dah rapat
yelaa dah sebulan duk tengok muka
perangai sensorang pun dah lain mcm

tambah lagi
nak dekat2 habis tu
selalu keluar malam
main boling, makan, shopping sesama
dah siang ke malam duduk sesama
mmg terasa jugaklah nak bepisah
tembah2 budak fakulti lain tu
lps ni kalau jumpa tgh jalan pun
betegur tegur sapa sikit
dah
adatlaa tu.

pape pun
mmg bersyukur sngt
pengalaman tu, tak terkira berharganya
ada yg lawak, yg stress, yg sedih, yg seronok, yg marah
semua

skill yg paling jaya aku belajar
cara nak goda orang
ehh haha
bukan, goda orang nak beli barang
communication skill laa
dah tu je yg aku buat
hajat hati nak pandai ekaun
tp takde rezki lagi
next time maybe

harapnye dpt hangout sesama lagi
tp hajat tak semestinya kesampaian kan
n kalau ade peluang nak join lagi
seronok tak tipu
alhamdulillah :)


masa lalu -refleksi-

hmm ni bukan nak bukak cerita jiwang ke ape
dah lah kan benda da hilang jejak pun nak ungkit
cumannya
bila fikir semula
benda yg paling menyesal bukan sbb kenal 'dia' then patah hati whatsoever
tp sbb aku membazir masa

dulu belajar MAIN MAIN
itulaa yg paling bodoh aku rasa
bukan la nak kate yg skrg ni belajar serius dekan segala
takpun
tp sekurang kurangnya
niat hati tu dtg u nak balajar
ikhlas
fokus
bukan nak jumpa buah hati nak jeling2 nak bercintan cintun

kalau aku tak main main dulu
paling tidak aku tak perlu pinjam ptptn
kahkah
itu pulak jadi isunya --'

takpelaa bila dah pinjam
rasa laa bertanggungjawab sikit nak belajar dah nanti kita yg bayar
tak gitu?

so, itu mmg pengajaran
ambik dan hadam


kahwin #bila?

haha gatai noe tajuk
bukan,
baru baru ni tngk kawan kawin (ayu)
rasa mcm
org lain dah kawin
aku ni..
calon pun takdop sobs
wakaka

okay taklah sedih sngt
aku fikir sampai masa yg baik
datanglah jodoh tu
dah tuhan yg tetapkan
kita mintak dan sabar dan baiki diri utk yg terbaik je laa

tp tu fikiran yg positif
yg negatif?

aku ni jenis yg menunggu
yelah malu la pulak nak cari cari
bukan hotsetap ke apa
tp kalau aku tunggu
ade ke yg nak cari aku?
cantik pun tidak
baik pun..hmm kurang
wahh phatetic nya bunyi
kehkeh

biasalah aku pun manusia
manusia normal semua rasa mcm tu
ye dak?
ke bukan?
heheh


lagi..
mcm takdak dah
itu jelah pun nak ngengarut malam ni
next time mengarut lagi.
hewhew

wasalam ^^



Wednesday, July 24, 2013

kerja dan pengorbanan #phase2

assalmualaikum

ceh tajuk
drama kan?
memang drama

hari ni
rasa happy ada
rasa stress lebih
rasa sedih champion

happy sbb dah berjaya bukak company
walaupun hakikatnya bukan aku pun yg uruskan bnyk
anas yg lebih
tp yelah
nak tak nak dah satu company
kenalah tempias
paling tidak semua document aku buat
receptionist tu dah memang kerja
tiga hari duk buat bisnes plan segala bagai
akhirnya tertubuhlah jugak
instant licious food sdn bhd

'kelas gitu' - tagline (bukan official haha)

so nak cerita sikit pasal company sblm kita beralih kpd cerita stress
lepas bincang2
dapatla kata sepakat nak jual instant spaghetti
yeah, nmpk biase, instant food
tp fikirkan market yg luas dan pembaharuan
okaylah kut
pendek cerita
aku bahagian bahan, ramuan, rupa produk
3 malam duk mencari resepi
sampai bawak dalam mimpi
hebat tak hebat
kerja punya penangan

dah, move to stress part
lepas bukak syarikat,
kenalah cari modal
so tu lah yg ada meeting dgn venture capitalist
nak mintak pinjam modal
kena bentang bisnes plan
buat finance segala
rumit,
cerewet,
menyampah
haha
yelah, kalau kita pun
senang2 ke nak bagi beratus ribu kat orang
haruslah tak
jadinye mase dalam bilik meeting tu
memang kena bentang habis habisan
kena hentam habis habisan
sampai aku rasa
nak berdiri, hentak meja dan resign!
serious
tapi takkan lah nak tunjuk ketidak profesional-an mase meeting kan
biaselah rase utk first time
semua pun stress
dah lah lama
sampai berbuka kat pejabat
bila fikir semula,
kenapalah aku bertahan
kenapalah perlu teruskan
simulasi je pun
untung duit pun maya
tapi, tulah
sayang nak tinggal ilmu
rugi rasa nak lari dari pengalaman
tapi lepas keluar dari bilik meeting
semua memang berbunyi jugak nak resign
bukan apa, tambah stress bila benda2 yg kita tak tahu
kita kena tahu
aku ni belajar nye math
mane lah nak tau ekaun2 ni
tp tulah pun tujuan program ni
learning by doing

habis stress
sedih pulak
sbb sibuk sngt hari ni
lupa yg ada janji dgn izni, dengan kamilah, dengan pinat,
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
kalau ikutkan nak nangis
tp karang emo terlebih susah pulak
nak ponteng esok pun tak sampai hati
walaupun simulasi je, dah rasa mcm real
company baru bukak bnyk kerja
Allah,
dugaannye.
pengorbananan kerja mcm ni ke?
sedih betul
dah la lama tak jumpa
sedih sedih sedih!
jeles
tapi, mampu buat apa dah malam malam ni
sobs

ujian kot
takpelah,
harap dikuatkan
harap disabarkan
harap dapat diteruskan
pengorbanan untuk ilmu, untuk jalan menuju tuhan
amin~


jazakallahukhairan.

Sunday, July 21, 2013

business simulation #phase2

assalamualaikum!

so esok dah masuk fasa dua berbisnes
da dapart group dah
da fikir produk dah
da letak jawatan dah

tapi malangnya
bila sampai last minit ada yg tarik diri
ingatnya nak bubar grup sbb grup kami je empat orang
mana cukup tenaga kerja

tapi mcm dah seronok ngan ahli grup
syukran yg berkaliber
anas n izzat yg semangat
so teruskan lah jugak walaupun berisiko tinggi
4 orang nak urus 5 department campur 3 jawatan besar
memang gila

so lepas bincang2
aku pegang sales department @ dispatch @ receptionist
kerja untuk 5 orang
tak tahu lah mampu ke tidak
tp yakin je lah

bnyk sebenarnye nak kena pk jadi sales
nak tau kat siapa nak jual
kena pandai cakap
kena pandai nego
takut bila fikir
tp dah org lain pun sama kan
jadi teruskan aje lah

harap harapnye
nanti lepas meeting dgn board of directors mase penghujung
boleh laa keluar dgn muka senang hati

aminnn

wish me luck!

salam ramadhan! :)

Wednesday, July 17, 2013

business simulation #day7

assalamualaikum
mcm mana puasa?
kita mcm ni lah
puasa di perantauan
akaka

minggu ni balik
yeay!

tp sebelum boleh balik tu,
minggu ni jugaklah yg bertambah tambah presure nye

untuk tiga hari sebelum habis fasa satu
dapat tukar ke sales department
jadi dispatch
bila sebut dispatch
mesti org ingat kerja die senang
cikai2 je
boleh datang lambat, just hantar surat, fotostat itu ini
mcm drama melayu
dan macam persepsi awal aku

tapi hakikatnya
tanpa dispatch yg bagus
barang tak mungkin terjual
kelancaran bisnes boleh terganggu

JANGAN PANDANG RENDAH PADA DISPATCH

sampai aku cakap macam tu untuk sesi refleksi hari pertama jadi dispatch
presure nye tersendiri
tambah bila sampai masa nak tutup ekaun
kalut

tadi dah la letih duk berulang ke tandas
satu company mcm keracunan
lepas tu letih nak habiskan penghantaran stock pulak
kalau batch dispatch sebelum ni cuma request 1 lori
sampai turn aku
4 lori
hambik!
tu yg jadi dispatch terbusy abad ini tu
haha

tapi seronok la
bukan setakat belajar kerja dispatch
hari ni belajar jadi receptionist
belajar jadi sales executive sebenar yg tolong promo barang

senang kata
sedih nak tutup sesi satu
sbb bila dah masuk sesi dua
semua kena pecah2
buat company masing2
dah tak boleh nak gurau senda
bayang lah dari lima orang control satu department
kepada sorang kena control satu department
tak ke gila bila dengar
tp tu la hakikat minggu depan
sangat mencabar

bersyukur sangat sangat datang sini
walaupun tekanannnya tuhan saja tau
ada satu hari aku emo
sbb homesick dan lain lain
menangis tu sampai lebam mata
tapi sampai masa kerja
org kata tak boleh bawak masalah rumah
so fokus je lah
walaupun hati ni tuhan aje tau

tp alhamdulillah
masih diberi kekuatan untuk tak putus asa
walaupun cuma pujuk hati sendiri
sbb katanya bila aku emo
org takut nak tegur
org semua tak layan

apa yang org tak tau
aku nak kan org bertanya
nak kan org mendengar
nak kan org memujuk
tapi yelah
tak semua masa org untuk kita
jadi aku cakap

'kalau aku emo
jangan layan aku
biar aku sorang2
nanti aku elok sendiri'

sbb sebenarnya aku taknak menyusahkan orang
dan sbb aku nak jadi org yg kuat dan bersabar

apa apa pun
walau susah mana pun
seronok tu still ada
semuanya tau nak rawat tekanan dgn lawak jenaka dan gelak tawa
alhamdulillah

terasa lebih makna ramadhan kali ini
harapannya semoga ilmu ini diberkati
dan kalau ada peluang,
nak join lagi

insyaALLAH
semoga terus bangun dan teruskan perjalanan
walaupun dah tersungkur berkali kali kat tengah jalan
sebab nak kan kejayaan, jalannya pasti ada kegagalan

btw tadi mr tan ada tegur
he's a chinese

'you org mana?'
'pahang :)'
'ouh i thought u org terengganu or kelantan or johor'
'why?'
'bcoz you look fair'


akakakakakaka, u are funny.
u wont praise me if you see me in my secondary-school version
(dalam hati)

'my mom kelantanese la mr.tan'
'ouh, no wonder laa'

aku bukan putih pun
just dulu aku gelap sbb berjemur
tp mr.tan mane penah tngk aku dulu kiki :P
tp betul laaa
bak kata bihah yg baru lepas stalk pic aku time form five
'apa rahsia kau putih'

ahahaha
rahsianya
iolls makin tembam
-________-
kut.

dah lah
ni gambar ofis dan dispatch yg kononnya busy tu
hewhew


salam ramadhan
^^





Saturday, July 13, 2013

business simulation #day4

assalamualaikum
alhamdulillah, dah 4 hari puasa
dan 4 hari jugaklah aku kerja kat upm holdings
ecewah
mcm gempak bunyinya
tak kurang gempak tekanannya

untuk dua hari pertama bawah human resource
memang tak menang tangan
kalau tak organize
ada laa yg tak siap
ada laa yg kena sound
tp best
tak terlibat dgn operasi jualan yg complicated

pastu hari kedua
dapat tukar ke stock control department
kerja senang je
uruskan keluar masuk stock produk
tp kena precise
kena alert
sbb bila dah masuk department yg terlibat dgn operasi jualan
semuanya berkait
kena communicate
tak boleh malu angkat kol buat kol
kalau satu department silap
habis semua hancur
lepas tu tahan telinga laa kena marah dgn ceo
yg konon kononnya garang sngt tu
kehkeh

minggu depan kena tukar lagi
takut dapat acc and fianance department
tp kalau dpt
ilmu kat situ lagi bnyk
so redha je laa
cuma mintak dijauhkan jadi head of department
boleh emo aku sepanjang mase
hewhew
kalau dapat sales or purchase
lagi bnyk laa kena belajar utk communicate
kena kol syarikat lain
tarik customer tarik supplier

tapi senang kate
walaupun susah
walaupun penat
walaupun takut,
semua best!
semua challenging
tak rasa menyesal sikit pun tak balik puasa kat rumah
setiap milisaat dapat ilmu baru
dapat pengalaman baru

dan yg paling best
dapat kawann baru

tak kurang best
dapat tarbiah baru

ape tarbiah baru?

well,
bile suasana berubah
dari 'usim' ke 'upm'
memang kena pandai sesuaikan diri
tak kata usim baik,
upm jahat,
tak, jauh sama sekali
cuma yelah, kat usim, bertudung labuh tu biasa
kat sini, sedikit luar biasa
tapi
islam kat mana mana
so jangan takut, jangan diskriminasi
kalau orang bukan macam kita, kita tak boleh menghukum
tapi jangan pulak kita jadi lalang tak berpegang pada prinsip
lagi bagus kalau kita boleh pengaruh orang ke arah yang baik
tapi ada caranya
ada kekuatannnya
aku harap satu hari aku dapatla kekuatan dan cara yg baik tu
insyaALLAH

so, looking for massive amount of experience and knowledge afterwards
semoga diberkati dan dirahmati urusan kami

salam ramadhan
^^

Tuesday, July 9, 2013

business simulation #day1

so,
assalamualaikum
seronok cuti?
heh untunglah..

kite ni sambut ramadhan di perantauan
ececeh
upm je pun hihi

lepas 8 hari korban cuti untuk language support program
dikuatkan azam dan semangat untuk korban lagi sebulan untuk business simulation
ikut hati nak balik tu 90%

tapi sebab ibu kate

'pengalaman kak, bila lagi..'

nab pulak kate

'nanti senang nak kerja'

aku sendiri kate

'duk rumah lelame bukan buat ape karang kena marah bermalas malasan'

so dengan doa untuk kuatkan semangat
sampailah hari ni kat upm

program ni lebih kurang laa mcm sekolah politik dulu
cumanya kalau sekolah politik dulu bagi kita rasa simulasi berparlimen,
yg ni bagi kite rase simulasi bekerja di syarikat perniagaan

untuk hari pertama 
aku dapat jawatan dalam human resources
walaupun CFO kate HR laa yg paling banyak kerja
tp so far aku rase okay je
setakat nak buat senarai gaji, carta organisasi, surat permohonan cuti,
surat letak jawatan, internal memo dll tuu
rase mcm senang lagi laa dari duk department sales and marketing
tp maybe laa aku dapat keje senang je harini kutt
kihkih

setiap employee akan bertukar department each two days
so nak taknak
boleh laa rase semua

tp series cakan
mmg best
walaupun presure, tapi seronok dapat rase penglaman berkerja

since ade office betul,
setiap org ade meja sendiri
pc sendiri, fon sendiri
mmg real mcm tengok dalam drama melayu

cumanya duit ngan barang dalam alam maya lah
tapi customer real punya
tak berhenti henti kol masuk
nasib laa iolls bhgn HR je
tp HR pun bnyk jugak karenah nak layan

waktu kerja dari pukul 9 sampai 6
lima hari seminggu

jadi harap harapnya
dapat manfaatkan peluang dengan terbaik lah
paling tidak 
walaupun tak belajar ekaun lagi
dapat laa gambaran sesikit mcm mana nak keje bisness

alhamdulillah

so pray for me
semoga tak tersungkur di tengah jalan
hihi

itu saje
salam ramadhan ^^

Saturday, May 11, 2013

sesaja

hoi hoii
sbnrnya on9 nak buat esemen
tapi biasalah
mmenyimpang sekeja dua kejap
ekeke

emm,
apa nak tulis?

perkembangan terbaru,
final belum lagi,
cinta hati tak jumpa lagi,
badan pun tak kurus lagi
-__________-

bila tentir bila?
*heh nama baru
maybe patut ubah www.tieyrowt.blogspot ke www.tentir.blogspot
harhar

skrg ni malas bertweet
malas berblog
suka berinsta
dan berfacebook
heh?
sbb suka tengok2 gambar
fb pun bukan update status ke komen2 ke ape
just tengok gambar
mcm lg seronok buat masa sekarang

lagi..

skrg ada kucing
nama dia jenab
syg sngt sbb dah lama teringin nak bela baru yg ni ibu bagi
tp takut
bila dah syg sngt
kot nanti ajal dia sampai
mesti sedih gila gila
mcm dulu
dah la manja
aktif
comel
harghhhh
semua kucing pun mcm tu sbnrnya bg aku. heheh

lagi..

mcm takde dah kot.

tu jelah

bye

*sambung eseimen.

Friday, April 5, 2013

stranged

Pertama kali, perasaan bila kita jatuh suka pada orang, bukan pada rupa tp pada akhlak. Dan sbb tu, rasa diri ni tak layak walau untuk menaruh perasaan. Allah. Kerdilnya aku. Walaupun cuma di hdpn hamba ciptaan Mu.

Ya Allah,
jangan Kau datangkan padaku perasaan yg sia sia kecuali memberi manfaat padaku walau sekecil mana sekali pun. Dan semoga jgn hati ini lalai dgn perkara yg belum pasti untuk ku. Amin.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, March 12, 2013

Hati dan akal

Hati kata lain
Akal sebut lain

Hati rasa sedih
Akal tak pernah merintih

Hati semacam luka
Akal seakan dah lupa

Hati makin terasa
Akal tegal biasa

Hati pernah menyesal
Tapi bukan pada akal

Hati meronta kecewa
Akal bersyukur bahagia

Jadi, mana harus dituju?
Akalkah?
Hatikah?
Kerana keduanya juga
Milik aku.

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 6, 2013

life

lamanyaaaa tak update
nak kata sibuk
tak jugak
maybe sejak ada blog bsd1
lagi suka update kat situ
lagipun
life goes on mcm biasa
takde ape yg extraordinary nak share

so sekarang tgh cuti
spending the whole time with 
tv, food, family, badminton, 'family outing'
(seems that i prefer family outing more than R.M)
and my beloved bed
ahah

sem 1 berakhir dgn jayanya
seronok
dpt classmate yg mmggggg awesome
sbnrnya aku ni jenis yg lambat sesuaikan diri
dgn tmpt baru, org baru,
tp dgn bsd1
tak terasa langsung
cepat je rapat
semuanya seronok bila sama sama

dan bila aku dgn dorang
aku jadi...diri sendiri
like i was never before
and the best part is
they accept it
even they love it
tak tahu nak ckp mcm mana
tp tak perlu cover2
tak perlu risau nak jaga hati orang
semuanya faham jiwa masing masing
yg ni mcm mana
yg tu mcm mana
tp still
everybody get along very well.
thats why they are awesome



tp tak makna dapat hati baru
hati lama dilupakan
i really really miss dahlians
5 ik
tp tulah
takde rezki nak jumpa lagi

senang kata
hidup sekarang alhamdulillah
hati tenang
riang
syukur

so itu saje
menanti result exam yg tak dgr kabar angin ribut taufan pun
dan memenuhkan waktu cuti dgn sepuas puasnye

p/s
ada ustaz ke buku ke tak ingat
katanya..
tulisan melambangkan jiwa
kalau tulis dgn baik, mudah difahami, tak guna bahasa kotor
maka begitulah jiwanya
dan sebaliknya



wasalam 
:)