Sunday, November 9, 2014

ada masa tu
tiba tiba jadi diam membisu
jadi tak suka orang tegur ambik tahu
nak pujuk pun tak perlu;;

bukan sebab marah
sedih pun bukan lah
jauh lagi ada masalah
memang tak ada alasan munasabah;;

macam tak ada rasa gembira
tak semangat nak buat kerja
tak makan lawak jenaka 
kelu nak bersuara;;

penat cari solusi
hati kosong tak beremosi
sampai jadi buntu sendiri
kenapa dengan aku ni?


Sunday, November 2, 2014

Selalu kau cuba letak salah pada persekitaran
Semua celah nampak sempit tak ada jalan
Karenah orang yang kau kata menyusahkan
Tapi kau lupa kau sendiri ada kelemahan
Kau nampak kuman yang kecil diseberang lautan
Sedang gajah didepan mata buat tak heran.

Kalau kau rasa orang tak ambil peduli
Mungkin kau yang kurang fasih berkomunikasi;
Kalau kau rasa orang buat lepas tangan
Mungkin kau yang tak pandai beri arahan;
Kalau kau rasa orang annoying mengada ngada
Mungkin kau yang emosi tak pandai nak jaga;
Kalau kau rasa orang selalu berkasar
Mungkin kau tu yang kurang sabar;

Tak salah bermungkin pada diri dulu
Sebelum cari ralat pada orang melulu

Dan kalau pun kenyataannya bukan kau yang salah
Sabarlah;

Mungkin ini masanya kau Diuji
Sejauh mana kau dapat kawal diri
Dari amarah syaitan berapi
Dari hasad dan iri hati
Dari nikmat godaan duniawi
Dan dari segala yang Dia tahu kau mampu lalui





Tuesday, October 28, 2014

bila sebenarnya kau tahu,
Tapi kau tak yakin nak luahkan dahulu

Bila sebenarnya kau peduli
Tapi kau tak pandai nak tunjuk isi hati

Bila sebenarnya kau mahu
Tapi kau pentingkan ego keras membatu

Bila sebenarnya kau sunyi
Tapi kau pura pura sibuk buat hal sendiri

Bila sebenarnya kau salah
Tapi kau taknak ubah!

Jadi kenyanglah kau sendiri
Makan hati sampai mati.


Saturday, September 13, 2014

You
makes me feel annoyed and interested in the same time

Confused.

 - meroyan berlama lama tunggu bas kat pekeliling.


Tuesday, September 9, 2014

sekarang ni minggu pertama sem
kelas memang mcm gigi baby, jarang nokharom
kredit hour pulak sikit
i supposed to be happy about this
tapi tah semangat ape datang, takde kelas ni rase bosan tahap maksima
tak tau nak buat ape
tv takde
kucing takde
homesick agaknye

so i'm writing this post sbb dah hilangkan bosan
lepas due tige kali bangun pastu tido pastu bangun
kepale pun naik pening

patutnye benda ni buat kat insta
20 facts about me
tapi maluuuuu
so tulis kat sini je walaupun takde orang bace
tsk

  1. umur 21. soon to be 22 at 19 feb. sbb birthday awal, mase baru naik sem, kengkawan selalu lupe. tsk. 
  2. suka warna merah. suka tahap extreme. apa2 yang boleh dimiliki dalam warna merah akan dimiliki. gituu. kasut merah menyala pun tak malu dah sbb suka. hihi
  3. seorang yang beremosi. cepat marah, cepat merajuk, cepat menangis. annoying? takpe, aku tak menyusahkan orang. kalau aku emo, aku duduk sensorang, dediam. tak suruh orang pujuk, tak mintak orang tanya. sampai masa aku nak bercerita, aku cari orang yang aku percaya. 
  4. sejak azali berpenampakan sombong, bengis, dan marah. sebab muka masam secara naturalisma. kahkah. tapi sebenarnya siape yg kenal aku, aku bukanlah pendiam apetah lagi pasif. 
  5. kalau time study, tak tahu lah sejak bile, i will be extremely serious. housemate selalu takut nak tegur tambah2 time study week. aku sendiri pun tak tahu kenapa. nak kata cemerlang sangat tak jugak. tp kalau orang tanye, aku tolong. aku suka mengajar. nak jadi lecturer kot nanti. heh
  6. skema pada peraturan yang rasa penting, redah pada yang rase remeh. 
  7. suka bertangguh nak buat sesuatu, tapi bila dah buat, takkan berhenti selagi tak siap.
  8. suka cuba benda baru especially makanan. lewls. tak kisah la kalau outcome tak sedap pun asalkan cuba. 
  9. suka makanan pedas. kalau tak pedas macam takde garam. tp semenjak diet ni, takut nak pedas2. :p
  10. tak pandai nak menunjukkan kasih sayang. tak pandai nak wasap ayat2 rindu. tak pandai nak berlembut. tapi sebenarnye aku sayang. serius. mcm contoh, roommate, bestfriends. kadang2 nampak aku berkasar, tak puji2, sebab aku tak pandaii. maaf sesangat sayang sayangku. kahkah. 
  11. tak kisah duduk rumah cuti sorang2. tak communicate dgn kawan2. tak kisah. sebab mcm dah terbiasa. walaupun kadang kadang rasa lonely tahap dewa. 
  12. fanatik dengan kucing. anggap kucing tu macam family. kalau sakit susah hati. kalau mati, nangis. siap peluk cium segala. walaupun kucing tu tak comel ke hape. 
  13. boros tapi slalu keep track belanja. kalau rasa banyak sangat duit habis, ambik calculator, kire. kire segala benda yang dah belanja utk puaskan hati. 
  14. tend to crush on someone yang senyap2 tapi manly. maksudnye dia bukanlah pasif, tapi dia pendiam. serius tapi pandai jokes bertempat. 
  15. banyak crush tapi main2 je. dan sekarang ni tak tahu nak crush kat sape. lol
  16. suka makan suka tido thats why BMI tak pernah normal since forever. hahah
  17. obsess dengan 'kesucian'. maksudnya bab2 solat, tak tahu lah was was ke apa, tapi slalu aware kalau ada taik cicak ke atau apa2 yang memungkinkan najis. 
  18. nampak macam tudung labuh tapi sebenarnye biasa biasa je. banyak dosa. tak banyak ilmu pun. tapi nak cuba ke arah kesempunaan
  19. tak selalu tunjuk tapi sebenarnye aku ni manja sebenarnye. serius. ibu tahu. 
  20. seorang perempit sejati dah ada tiga parut kat tangan sebagai bukti. kahh
so cukup 20
penat perah otak
rumet tengok dah macam tengah taip esaimen

tenkiu veghi much kalau sudi membaca
tak baca pun tenkiu

itu sajo.

adios. 

Thursday, August 28, 2014

For some reasons,
I wanna make a post about this
About death.

Sem lepas masa tgh final exam
I've been shocked by a death of someone that i knew
Malam tu biasa je
Tak ada ape pun yang pelik
Sebab belah pagi most of the science students ade paper
She was a science student

Yg diceritakan, she and my two former classmates baru balik dari bangi
Maybe nak release sbb habis core paper
Eating seafood and stuff

Hakikatnya ajal tak pernah bertangguh
Alergik sebab seafood so pengsan atas moto and terbabas, tu semua nak dijadikan sebab

Malam tu, sesiapa yg dgr berita, seakan akan semua rapat dgn dia.
terasa sedih.
Aku mcm dapat rase ape yg housemate die rase.
bayangkanlah, siang tu jumpa elok elok
Malam dah tak balik, yg sampai cuma berita kematian

Menangis.

Yg datang melawat sangatlah ramai
Berita tentang kebaikan arwah berlanjutan sampai seminggu
Allah, mulianya.

Aku?
bila aku nanti?

Orang kata kematian die tak sia sia
Sangat memberi peringatan
Peringatan yang ajal tu sangat dekat

Mungkin tahun depan
Mungkin bulan depan
Mungkin esok
Mungkin hari ni!

astaghfirullah

Banyak mana je bekal amalan aku?
dosa aku dah taubat ke belum?
dah terampun ke?
dah lunas ke semua hutang?
sedia dah nak hadap pertanyaan kubur?
sorang sorang takde siapa nak teman.
Atas dunia ni kadang2 nk pergi tandas pun berteman
Dalam kubur nanti?

malam kematian arwah tu memang tak dapat tidur
Rasa takut teramat sangat
Sehari dua lepas tu nak dengar lagu pun tak berani
Bimbang kita lalai sedetik, maut datang

Tapi manusia,
aku manusia,
lepas lama sikit mulalah leka
Kembali seronok dengan dunia

Astaghfirullah

Kalau lah perasaan takut tu sentiasa ada,
mesti susah kita nak leka
Tapi itulah, manusia.

Jadi sementara masih ada kesempatan
Kepada sesiapa lah yang baca nukilan ni
Walaupun cume sorang dua
Saya mohon maaf
Benar benar mohon maaf
Andai ada terkasar bahasa,
Terumpat termengata
Menyakitkan hati sengaja atau tak sengaja
Berhutang yang tidak dilansaikan
Tersalah itu ini
Mohon maaf
Mohon beritahu apa yg tak kena

Kadang2 pada kita tak salah, pada org lain kita tak tahu.

Saya manusia lemah, banyak salah

Dan insyaAllah tak ada berdendam sbb sy pun banyak dosa.

Semoga kita sentiasa ingat mati
Sebab dengan mengingati mati, makin hidup lah hati.








So post ni kesinambungan ape yg di twitter maybe

Biasenye aku tak suka tweet2 pedas mcm tu
Tp malam ni my bad lah kut ter emosi.

Pada sesiapa yg terasa
Sama ada yg dituju ataupun tak

I am very sorry.

Mungkin aku judgemental
Yelah aku pun ade je yg tak betul, banyak
Sbb masing masing berbeza kan

So, mintak ampun mintak maaf.


Friday, August 8, 2014

Waktu malam malam ceni memang mencurah curah la perasaan bercampur baur
Nak cerita pun kat kucing tak paham
So kite tulis lah senang

Sebenarnye kan, rase jelly much kat kengkawan yg rajin noe join program sane sini time2 cuti
Dah tu pulak bukan calang2 program
Semua nak level international gituu
Bertambah tambah jeles ittew. Hiks

Yelah, pengalaman tu mesti bermakna
Jadi student bukan setakat belajar dalam kelas
Program program mcm tu la yang jadi bonus tambahan
Ye dok?

dahlah tak tahu menahu pun ade program ape2
Tu salah sendiri lah sbb malas nak cari
Tak alert
Tu pun kalau dapat tahu awal2 belum tentu semangat nak volunteer
Haihhh dasar pelajar tak produktif  ðŸ˜”

Tp takpelah, nak buat cemana,
duk rumah tolong ibu pun produktif jugak
kumpul saham akhirat
nanti dah kerja semua mane la nak dapat cuti pepanjang gini

Lagipunn,, ade misi penting nak diselesaikan
Fighting!

k dah lenguh tangan taip sambil baring
Hews
Gudnite! 😘

Saturday, July 5, 2014

goodnight

Love,
Is something that makes you happy.

Kalau dipersoalkan kenapa terlalu mudah didefinisikan sebegini,
Semak semula konsep asal datangnya cinta

Cinta Ilahi

When you loves Him,
Everything you do, will never be a burden
Every hardships will comes with something good in a way or another
Every pain have some gain
And everything
Every single things
With the faith of His love
Will makes you HAPPY

so if you feel that the love you bare in you heart
Did benefit you nothing but only to hurt you,


Maybe you should reconsider.


Everyone deserve HAPPINESS

Yang didoakan selalu "kebahagiaan di dunia dan akhirat"
Bukan akhirat semata.


While the ultimate happiness,
 is JANNAH

Friday, May 16, 2014

awak.

awak,
saya tahu saya tak sempurna
saya tahu saya tak rasa apa yang awak rasa
saya tahu saya pun bukan siapa

tapi awak,
saya tak suka tengok awak dikutuk dikata
saya tak suka tengok awak terawang awang leka
saya tak suka tengok awak terlalu bebas bersama si dia

memang awak,
saya tahu awak sayang dia
saya tahu perasaan tu macam mana
saya tahu sebab saya pun pernah rasa

entahlah awak,
walaupun saya juga pendosa
walaupun saya juga leka membazir masa
walaupun saya juga manusia biasa

tapi saya,
sayang pada awak
kasihkan awak

jadi saya,
mahu lihat awak sempurna
mahu lihat awak nampak mulia
mahu lihat awak dirahmati dan diberkatiNYa

maafkan saya
kalau saya beremosi 
kalau saya mudah menghakimi
kalau saya tak pandai menasihati

semoga awak tahu
saya marah kerana kasih
saya benci bukan berlebih

sebab awak,
sahabat saya.

Thursday, April 17, 2014

tinta tertulis berpena kekal
lembarannya juga kukuh kental
salahkah si punya akal
si punya hati yang penuh sesal
salahkah?

mungkin selama masa
jiwa menipu berdusta
menolak yang tidak bisa
mungkinkah?

gantilah yang telah patah
gantilah
bimbang nanti terus melatah
pada yang tak endah
parah jadi parah

dalam beribu masamu
pernahkah sedetik waktu
seketika itu
kau ingat aku?

yang ini cuma rasa
rasa si pendusta
yang datang tiba tiba
terhasut syaitan durjana

pergilah kau pergi jauh
rasa perit rasa rapuh
jenuh sudah jenuh
pada yang terang sudah bersuluh

nukilan ini nukilan hati
bukan untuk kau caci
bukan untuk kau hakimi
berdiri di sini cubalah sekali
baru kau faham baru kau mengerti

Saturday, March 22, 2014

bed time

this is my bed time
but i'm not sleepy yet
feel sort of gloomy
jealousy
sad

life.

pernah dalam hidup ni
kadang kadang kita tertanya tanya

kenapa dia dapat tu?
kenapa dia boleh ni?
kenapa dia senang je?

dengki.

kenapa bukan aku?
kenapa aku tak?
aku bila?

hasad.


jawapan dia senang
bukan rezki
bukan milik
bukan kemampuan
so Allah tak bagi

betul kita manusia
bukan robot tak berhati berperasaan
tapi bila dah pandai tanya ,
kena pandai cari jawapan
bila dah ada rasa
kena pandai kawalkan

fikir balik rezki kita
yang kita ada, orang tak punya
adil pulak ?

Allah dah bagi sama rata
bersyukur.

nak ikut hati manusia yg meminta minta
bagi satu dunia pun belum tentu puas

.........................................................

patutnya aku balik esok
jumpa ibu
jumpa ayah
jumpa adik
jumpa abang
jumpa si gemok
tapi,
jauh
minggu depan kuiz, assignment,
mana mampu nak study atas jalan,
depan tv
depan segala macam godaan nikmat kat rumah
so tak jadi balik

sedih
suara ibu pun macam kecewa
lagiiiiiiii sedih

apa nak buat

ini lah salah satu cara nak bersyukur,
BERKORBAN

selamat malam.



Wednesday, January 15, 2014

belum mampu

hai assalamualaikum

so lusa ade dua final paper
and right now
i'm suppose to study but that rare feeling of writing cannot be denied.
gittew

so pada yg lahir seusia 
kita dah 21
then what?

satu fenomena yg luar biasa diperhatikan
mungkin taklah seluar biasa mana pun
tapi penularan yg drastik membuatkan aku rasa nak meluah perasaan kat sini

kahwin

perasaan nak kahwin ni mmg semua ada
tapi makin meningkat usia makin jelas keinginan tu dipamerkan
haruslah

pada yg single sibuklah nak cari pasangan
i'm not judging, me too.
pada yg dah ada, mulalah nak menapak maju
bagus

masalah pada dua golongan ni berbeza

yg golongan single ni masalah dia lain
masalah meroyan tak tentu pasal pada si crush2 pilihan hati
sibuk mengusha sana sini
again, i'm not judging
aku pun takde sesape
perasaan nak mengusha, meroyan pada crush tu biasa
tapi, kadang2 bila overcontrol
dia jd annoying
kemon lah, 
aku pun ada persaaan, tp cuba wat cool wat lek sikit
memang lah jodoh tu kena cari
tapi, kita ni perempuan, malu tu kena ada

persolan 'kenapa aku takde sesape lagi'
'kenape takde org nak kat aku'
jawapan dia senang
BELUM MASA
jodoh tu tuhan dah tulis
yeah, ayat cliche
tp like seriously, kalau belum sampai masa
belumlah
sabarlah
kita tak tau, kenapa tuhan tak bagi lagi sesuatu tu kat kita
mungkin kita tak mampu
mungkin kita tak bersedia pun
mungkin kita tak cukup baik lagi untuk jodoh kita
so kena buat apa?
doa
improve
yakin
so kita boleh tenang nak tumpukan pada yg prioriti
agama
study
parent
LIFE

aku cakap mcm ni bukanlah maksud aku ni bagus sangat kawal emosi
tp ni motivasi diri yg selalu aku ulang untuk aku sendiri
serabut bila tengok orang
yang mcm hidup dia ni cuma ada satu benda nak fikir
cinta manusia, cinta ajnabi

aku pernah dalam keadaan tu
ape yg aku dapat, 
penyesalan tak putus2
tp yelah, tu  satu bentuk tarbiah
tarbiah untuk menyedarkan, untuk terus maju
so move on and get a life
susah, tapi kena buat

part kedua
masalah yg dah ada pasangan
ni nak cakap lebih lebih karang kata aku jeles pulak
since i'm forever alone hell yeah whatever
masalah mengawal emosi jugak
masalah menjaga batas batas sebelum kahwin
susah, aku tau
cakap mmg senang suruh itu suruh ini
tp , mata siapa sedap memandang kalau dah asik nak berkepit
nak buat yg prioriti as a student pun terganggu
so, taknak komen pepanjang since aku bukan kat tempat tu lagi
tapi nak bentuk keluarga yg bahagia, diredhai
permulaan pun kena baik

dahlah
tak pasti ape aku merapu ni
maaflah kalau tak sedap bace
ni pendapat sendiri
untuk diri sendiri

kbai.